Rawatan Kucing Sporo | Sporo atau sporotrichosis adalah masalah fungas dan sejenis penyakit zoonotik. Zoonotik adalah penyakit yang boleh berjangkit antara haiwan dan manusia. Di luar negara, kucing yang disahkan sporo selalunya akan dicadangkan oleh vet untuk Put To Sleep(PTS) tapi di Malaysia, ramai yang tidak suka dengan cadangan tersebut dan wujudlah banyak ubat ubatan untuk merawat sporo ini. Walaupun ada yang claim produk mereka bagus tapi cik en sarankan untuk korang ikut nasihat Vet yang korang percayai. Risau ubatan yang tidak tahu bahan bahan ini akan menyebabkan sporo semakin teruk. 



Rawatan Kucing Sporo

Rawatan yang disyorkan oleh vet tidak banyak dan mempunyai bukti saintifik menyembuhkan. Ubat yang disyorkan adalah 

Ubat Fungas mempunyai bahan aktif Intracanazole

  • Mulakan dengan jenama inox 1/2 sehari sekali. Jika dalam 2 minggu tiada perubahan (tidak kering) boleh naikkan dose ke 1 biji sehari. 
  • Jika masih tidak berkesan boleh cuba jenama Sporonox 1/2 sehari sekali. Jika dalam 2 minggu tiada perubahan (tidak kering) boleh naikkan dose ke 1 biji sehari. 
  • Ubat tidak boleh skip sebabnya penyakit fungas ini akan lambat baik dan jika skip, kemungkinan fungas tersebut susah untuk sembuh. Jadi kena komitmen dalam pemberian ubat
  • Jika susah untuk bagi boleh baca Cara Pemberian Ubat Pada Kucing

Ubat Hati 

  • Ubat hati penting kerana pengambilan ubatan yang lama akan memberi kesan kepada hati. Jadi boleh ambil ubat hati seperti Liv52 tablet atau Meboliv syrup 
  • Diberi selpas pemberian ubat fungas

Pemberian supplemnt tambahan 

  • Supplement seperti fish oil dapat membantu imun kucing dan dalam masa yang sama membantu kulit dan bulu menjadi kuat.

Krim fungas

  • Krim fungas boleh diberi jika ianya membantu mempercepatkan rawatan. Tapi perlu diberi perhatian jika kucing jenis menjilat, penggunaan krim merbahaya kerana krim mempunyai bahan tidak sesuai di makan. Jadi boleh gunakan collar Elizibeth untuk mencegah dari menjilat

Apa Yang Perlu  Dibuat Jika Kucing Dapat Sporo?


  1. Pastikan ubat tidak di skip dan dimakan setiap hari 
  2. Digalakkan kurung kucing di kawasan yang sesuai, pengudaraan yang baik dan elakkan lalat dari menghinggap kawasan sporo. 
  3. Pastikan sangkar dibersihkan 2 kali sehari. Jaga kebersihan kawasan sekitar
  4. Asingkan daripada kucing sihat yang lain
  5. Selalu melawat kucing yang dikurung untuk mengelakkan mereka stress dan kesunyian. Psikologi mereka pun kena dititik beratkan. 
  6. Pakai glove jika berurusan dengan kucing Sporo
  7. Jika korang ada tanda sporo di kulit sendiri, rujuk pakar kulit
  8. Jika kucing lemah atau ada masalah lain, sila bawa ke vet berhampiran untuk rawatan kecemasan 

Cik en pernah berkongsi tips rawatan sporo sebelum ini tapi agak old school tapi korang boleh baca di Rawatan Kes Sporo Kucing

Post a Comment

Previous Post Next Post