Berapa Lama Perlu Kurung Kucing Selepas Mandul | Hari ini admin ingin kongsikan tips bagi kucing yang baru lepas buat pembedahan untuk permandulan. Kucing ini perlu dikurung untuk mengelakkan berlaku masalah masalah berbangkit yang lain seperti jangkitan, luka terbuka, pendarahan dan sebagainya. Tips ini juga boleh digunakan pakai untuk kucing yang menjalankan proses pembedahan yang lain. Sebelum itu, baca dahulu artikel Syarat Sebelum Hantar Kucing Di Mandulkan 

Berapa Lama Perlu Kurung Kucing Selepas Mandul

Ada perbezaan untuk kucing jantan dna betina. Kalau kucing betina sekurang kurangnya wajib seminggu di kurung dalam sangkar dan jika kucing jenis suka jilat luka disarankan untuk memakai collar. kalau untuk jantan, 1 ke 3 hari dah cukup asalkan luka dia kering. Kena pastikan juga, kalau jenis suka menjilat, kemungkinan luka terbuka akan ada. Kucing jantan jarang dijahit selepas mandul. 

Kalau ada pembedahan lain seperti pembuangan mata, luka berulat, pemotongan anggota badan, disarankan untuk dikurung dalam sangkar selama seminggu. DAN tidak digalakkan letak pasir atau apa apa yang boleh menyebabkan jangkitan 

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post