Bila Perlu Beri Ubat Cacing Pada Kucing? | Lamanya admin tak kongsi tips dan rawatan kucing di blog ini kan? Hari ini, admin hendak kongsikan satu lagi ilmu kepada semua pemilik kucing. Pemberian ubat cacing sangat penting dan ianya dapat membantu kucing membesar dalam keadaan sihat dan gemuk. Ramai yang masih tidak tahu jadual pemberian ubat cacing kepada kucing sehinggakan ada anak anak kucing yang terbantut pertumbuhan dan ada membawa kepada kematian. 




Bila Perlu Beri Ubat Cacing Pada Kucing?


Pemberian ubat cacing boleh diberi seawal 2 bulan setengah sehingga 3 bulan. Anak kucing yang telah putus susu ibu atau diberi makanan selain susu ibu sebolehnya diberikan ubat cacing. Admin mencadangkan ana kucing seusia 3 bulan diberi ubat cacing jenis cecair. 


Cadangan pemberian ubat cacing 


Anak Kucing 

  • Usia - 2 bulan setengah sehingga 4 bulan 
  • Anak kucing yang telah diberi makanan selain daripada susu ibu digalakkan untuk diberi ubat cacing
  • Jenis Ubat - Cecair
  • Boleh dibeli di kedai haiwan atau terus ke klinik veterinar untuk buat medical checkup yang lebih lengkap. 
Kucing Dewasa

  • Terbahagi kepada 2 jenis iaitu
    • Kucing Indoor (dalam rumah sepenuh masa) - 6 bulan sekali 
    • Kucing Indoor & Outdoor (dilepaskan bebas) - 3 bulan sekali
  • Jenis ubat -Tablet
  • Boleh dibeli di kedai haiwan atau terus ke klinik veterinar untuk buat medical checkup yang lebih lengkap.

Tips Pemberian Ubat Cacing Daripada Admin


  • Admin mencadangkan pemberian ubat cacing berbeza jenis dan brand setiap kali diberi. Ini memberi maksimun kesan ubat cacing tersebut. 
  • Cara pemberian ubat kepada kucing boleh rujuk Cara pemberian ubat kepada kucing

Untuk info lebih lanjut boleh baca di Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing

3 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post