Cara Memberi Ubat Kepada Kucing | Untuk artikel pertama di blog baru yang cik en khaskan untuk artikel Tips dan Rawatan Kucing ini, cik en kongsikan Cara Memberi Ubat Kepada Kucing. Ubat yang diberikan oleh Vet selalunya jenis biji/kapsul atau jenis cecair/sirap. Paling penting untuk memberi ubat kepada kucing adalah teknik memegang kucing yang betul, emosi kucing, kecekapan tangan dan yang penting berani. Kedua dua jenis ubat ini diberi secara berbeza untuk mengelakkan kucing tersedak dan memudahkan proses pemberian ubat. 

Cara Memberi Ubat Kepada Kucing

Ubat jenis Biji - Cik en sarankan untuk beri terus ke lubang tekak kucing. Sebaiknya di belakang lidah untuk mengelakkan ubat biji ini mencair dan mengenai lidah yang mana kucing akan cuba keluarkan sehingga berbuih buih. Seperti kita makan ubat dan rasa pahit dan kita cuba keluarkan. Begitu juga kucing. Jika ubat tersebut tersekat, beranikan diri untuk tolakkan masuk ke dalam menggunakan jari. Pastikan dongakkan kucing 90darjah. Jangan lepaskan kedudukan tersebut dan tunggu sehingga kucing keluarkan lidah yang mana ianya tanda ubat dah masuk.

Ubat Jenis Cecair - Cara yang sama tetapi alirkan cecair melalui tepi mulut dan masukkan picagari lebih kedalam (sebolehnya belakang lidah berhampiran lubang tekak). Pam secara sikit demi sikit untuk mengelakkan kucing tersedak. Tersedak tanda ubat cecair sudah memasuki tekak. 

Jika rasa kurang yakin atau tidak faham. Boleh rujuk video di Cara Memberi Ubat Kepada Kucing

0 Comments