Rawatan Masalah Saraf Pada Kucing | Pernah tak kucing mengalami masalah saraf? Masalah saraf yang selalu cik en terima adalah kucing jalan longlai di bahagian belakang, kucing seakan lumpuh, kucing jalan tak stabil, dan lain lain lagi. Ada juga kes sehingga kucing tak boleh bergerak secara tiba tiba. Selalunya cik en akan diagnosis sebagai masalah sarag kalau kucing mempunyai respon terhadap bahagian yang longlai, lemah atau lumpuh. Jika tidak, kemungkinan Rawatan Masalah Saraf Pada Kucing in tidak membantu

Rawatan Masalah Saraf Pada Kucing


Rawatan Masalah Saraf Pada Kucing 

Bagi kucing yang mengalami masalah saraf, ianya lambat sembuh dan memerlukan kesabaran pemilik kucing. Kemungkinan mengambil masa beberapa minggu sehingga berbulan untuk sembuh. Rawatan seperti ubat tahan sakit, ubat saraf dan fisioterapi akan diberi. Cik en akan terangkan secara ringkas dengan menggunakan bahasa mudah untuk memberi gambaran kepada pemilik kucing yang mengalami masalah saraf ini


Tanda Tanda Masalah Saraf Kucing

  1. Kucing lemah dibahagian belakang
  2. Jalan terhuyung hayang
  3. Kucing seret bahagian kaki
  4. Kucing seperti kejang/sawan
  5. Kucing kencing tanpa sedar
  6. Kucing sihat tapi tak boleh bangun
  7. Sembelit


Pemeriksaan Untuk Masalah Saraf Kucing

Vet akan buat pemeriksaan secara fizikal. Vet akan membuat ujian tindak balas terhadap bahagian yang lumpuh. Jika ada tindak balas akan diberi rawatan yang bersesuaian


Rawatan Masalah Saraf Pada Kucing

  1. Kucing akan di beri ubat tahan sakit jika kucing sakit
  2. Kucing akan diberi ubat bengkak jika ada bahagian yang bengkak
  3. Ubat saraf akan diberi selalunya 14 hari
  4. Vet akan cadangkan untuk buat fisioterapi sendiri dirumah seperti mengurut/ meramas perlahan di bahagian yang ada masalah setiap hari. Boleh juga teknik berenang atau kalau ada buat akupuntur seperti du luar negara boleh juga dibuat. Tapi dengan nasihat vet

Apa apa pun, cik en harap rujuk terlebih dahulu pada vet sebelum buat apa apa rawatan masalah saraf pada kucing sendiri di rumah ye.  

8 Comments

  1. Info sangat berguna. Sayu hati tiba tiba tgok meow takleh jalan. Tapi cik en tahu ke apa punca sakit saraf pada meow ni?

    ReplyDelete
  2. Info sangat berguna. Sayu hati tiba tiba tgok meow takleh jalan. Tapi cik en tahu ke apa punca sakit saraf pada meow ni?

    ReplyDelete
  3. Info sangat berguna. Sayu hati tiba tiba tgok meow takleh jalan. Tapi cik en tahu ke apa punca sakit saraf pada meow ni?

    ReplyDelete
  4. Baru berlaku kpd ank kucing saya ADEQ...bawa 2 vet berbeza..akhirnya kata vet tiada rawatan utk sakit saraf otak ni....sedih sangat...kini adeq hanya terlantar tanpa boleh bergerak...sy suapkan mkn bubur air(mknn kucing bonito fancy feast) dan ubat vitamin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa kucing sy,kiki. dia jd mcm tuh after sy mandikan dia for the first time in his life. kiki bukan laa baby. dia berumur hmpir setahun. jd xde mslh kalau nak mandikan dia. kucing yg lain mandi pd hari yg sama okay je, tp kiki pulak lain jadinya. skrg ni, bg mkn mcm biase n vitamin. kdg² dia boleh jalan even terhuyu hayang, n now dia 'paralised', lgsg xboleh bgn, mkn bersuap. sedih tgok kiki.

      Delete
  5. Sama la kucing saya adek...ada ke ubat..vet kata tiada rawatan khusus...
    Terus jem saya...
    Yg tak tahan kutu bnyk ..mcm2 ubat kutu dan hama sy beli...vet kata virus seran otak dia...mata dah hitam ..
    Sy jaga je ..tawakal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Kitten sy Adeq kini dah buka mata dan mampu makan sendiri.Smlm boleh suapkan dgn sudu dan botol susu yg sblum ini hnya guna syirin shj.
      Walaupun masih tak boleh berdiri tapi boleh mengesot dgn laju dah.
      Sy mandikan dan spray dgn Cecair camay kutu dah tiada.
      Sy beri vitamin dan susu kambing serta buat urutan spt yg disarankan,leher yg kelihatan patah sblum ini dah pulih dgn izin ALLAH.
      Keluar Airmata kegembiraan melihat perubahan Adeq hari ini.
      Amiin ya Allah ..

      Delete
  6. So apa kaedah yg lain untuk nk hilangkan saraf kucing nii

    ReplyDelete