Rawatan Patah Pada Kucing | Kalau sebelum ini cik en kongsi Rawatan Masalah Saraf Pada Kucing , kali ini cik en nak kongsi rawatan patah pada kucing. Ini perkongsian bagi sesiapa yang ingin tahu dan mungkin ada yang kurang memahami apa yang vet terangkan tapi segan nak bertanya. Apa apa pun, pastikan dibawa ke Vet dengan kadar segera. Ini dapat membantu rawatan awal yang boleh dibuat. 

Rawatan Patah Pada Kucing

Patah pada kucing ini perlu diperiksa oleh Vet. Mungkin hanya masalah saraf, seliuh atau patah. Rawatan pun berbeza beza. Jadi kalau patah yang memang nampak atau bila disentuh berbunyi "krak krak", pastikan ikuti langkah langkah yang cik en akan kongsikan ini

  • Jika yakin kucing patah tidak kisah di bahagian kaki hadapan, belakang, ekor dan lain lain. Pastikan kucing diletakkan di dalam sangkar yang menghalang kucing banyak bergerak. 
  • Jika berlaku pendarahan, lap kan. Jika pendarahan tanpa henti cuba balut tapi jangan terlalu ketak
  • Bawa ke Vet berhampiran

Rawatan di Klinik Veterinar

  1. Vet akan memeriksa dan jika ada x-ray, Vet akan buat x-ray di kawasan yang patah
  2. Jika boleh pembedahan, Vet akan buat. Jika tidak vet akan berikan konsultan dan ubat ubatan
  3. Kucing perlu di kurung dalam sangkar sekurang kurangnya sebulan atau lebih bergantung kepada tahap kecederaan
  4. Ubat tahan sakit akan diberi untuk mengurangkan sakit, antibiotik yang bersesuaian dan kalsium untuk pertumbuhan semula tulang
  5. Jangan lupa untuk buat pemeriksaan berkala di Vet

Pengalaman cik en, kucing muda lebih mudah dan cepat sembuh berbanding kucing tua. Tapi peluang mereka untuk sembuh tetap ada. Jika tulang hancur atau terjojol keluar dalam keadaan tajam, kemungkinan besar, kaki akan dipotong. Jika di potong, cik en galakkan untuk pemilik kucing mandulkan bagi mengelak keadaan yang tidak dapat di kawal semasa musim mengawan. 

Jumpa lagi

2 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post